(a) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1 RM 2145.88); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1 RM 2353.44); atau
(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat
atau kejuruteraan komputer yang diktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1RM 2664.78); atau
iv) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer,
teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM 2976.11) |