Kenyataan Sebutharga


1. Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Gred G4 di bawah kategori B, Pengkhususan B04 dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan yang masih dibenarkan memasuki sebutharga ini bagi melaksana dan menyiapkan kerja berikut :

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT PERHENTIAN PELANCONGAN DI KLEBANG KECHIL, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 09/08/2017 hingga 30/08/2017 dengan harga RM150.00 senaskhah. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 4, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.00 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.00 petang


3. Lawatan tapak akan diadakan pada 09/08/2017 pada jam
9.30
pagi. Tempat berkumpul adalah di Lobi Blok Teknikal Graha Makmur, MBMB.

4. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 04/09/2017 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 4, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Sebutharga: 04/09/2017