KENYATAAN SEBUTHARGA


1. Sebutharga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah Kepala 210105 dan yang berkaitan serta yang masih dibenarkan membuat SEBUTHARGA buat masa ini untuk mengemukakan cadangan bagi membekal dan menghantar seperti berikut untuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

MEMBEKAL,MENGHANTAR,MEMASANG,MENGUJI DAN MENTAULIAH 20 UNIT WIRELESS DI MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH BAGI TAHUN 2017

2. Dokumen Sebutharga akan mula dikeluarkan mulai 24/01/2017 hingga 26/01/2017 semasa waktu pejabat seperti berikut :-

HARI
WAKTU
Isnin - Khamis8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 petang - 4.30 petang
Jumaat8.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 4.30 petang

di Bahagian Teknologi Maklumat Dan Inovasi, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 3, Graha Makmur No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.


3. Sijil Pendaftaran (asal) dengan Kementerian Kewangan Malaysia hendaklah ditunjukkan semasa membeli dokumen sebutharga. Hanya mereka yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang dibenarkan membeli dokumen sebutharga.

4. Sebutharga ini akan ditutup pada hari Jumaat bersamaan 27/01/2017 jam 12.00 tengahari. Dokumen sebutharga di atas hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Teknologi Maklumat Dan Inovasi, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 3, Graha Makmur No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.. Sebutharga yang lewat diterima tidak akan diberi perhatian. Pejabat ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada sebutharga yang dihantar melalui pos.

5. Lawatan tapak akan diadakan pada 24/01/2017 jam 09:30 AM. Penender diminta berkumpul di DI HADAPAN DEWAN TAMING SARI MBMB pada masa tersebut.

6. Sebarang pertanyaan atau surat menyurat berkenaan perkara di atas hendaklah dialamatkan seperti di atas.

7. Majlis tidak terlibat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau mana-mana tawaran. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Permohonan: 26/01/2017
 

Muka Utama