Kenyataan Sebutharga


1. Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam GRED G1 (TARAF BUMIPUTERA) di bawah KATEGORI M PENGKHUSUSAN, M12-LOGI KHUSUS ATAU M15-KELENGKAPAN MEKANIKAL PELBAGAI ATAU M19-PEMASANGAN KELENGKAPAN LOJI ATAU M20-PENYELENGGARAAN AM MEKANIKAL dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan yang masih dibenarkan memasuki sebutharga ini bagi melaksana dan menyiapkan kerja berikut :

KERJA KERJA MEMBEKAL,MEMASANG DAN MENBAIKPULIH PERALATAN MEKANIKAL UNTUK LOJI RAWATAN KUMBAHAN DI KOTA LAKSAMANA BAGI THUN 2018 MILIK MBMB

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 07/11/2018 hingga 14/11/2018 dengan harga RM20.00 senaskhah. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 4, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.00 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.00 petang


3. Lawatan tapak akan diadakan pada 07/11/2018 pada jam 9.30 pagi. Tempat berkumpul adalah di Lobi Blok Teknikal Graha Makmur, MBMB.

4. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 15/11/2018 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 4, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Sebutharga: 15/11/2018