Kenyataan Sebutharga


1. Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam GRED G1(TARAF BUMIPUTERA) di bawah KATEGORI CE, PENGKHUSUSAN CE21 dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan yang masih dibenarkan memasuki sebutharga ini bagi melaksana dan menyiapkan kerja berikut :

KERJA-KERJA PEMASANGAN PENUTUP LONGKANG DI TAMAN JAYA,PADANG TEMU,MELAKA

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 15/01/2019 hingga 22/01/2019 dengan harga RM20.00 senaskhah. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 4, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.00 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.00 petang


3. Lawatan tapak akan diadakan pada 15/01/2019 pada jam 9.30 pagi. Tempat berkumpul adalah di KANTIN KOMPLEKS LOGISTIK MBMB,BATU BERENDAM,MELAKA.

4. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 23/01/2019 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 4, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Sebutharga: 23/01/2019