KENYATAAN SEBUTHARGA


1. Sebutharga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah Kepala 210101 dan yang berkaitan serta yang masih dibenarkan membuat SEBUTHARGA buat masa ini untuk mengemukakan cadangan bagi membekal dan menghantar seperti berikut untuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH 50 UNIT KOMPUTER UNTUK MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH.

2. Dokumen Sebutharga akan mula dikeluarkan mulai 01/08/2016 hingga 05/08/2016 semasa waktu pejabat seperti berikut :-

HARI
WAKTU
Isnin - Khamis8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 petang - 4.30 petang
Jumaat8.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 4.30 petang

di Kaunter Ukur Bahan Dan Kontrak, Aras 4, Jabatan Kejuruteraan Dan Alam Sekitar, Blok Teknikal Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

3. Penender yang ingin memasuki SEBUTHARGA di atas adalah dikehendaki mengemukakan Wang Tunai, bernilai Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja (RM20.00) sebagai bayaran Dokumen Sebutharga yang mana tidak akan dikembalikan.

4. Sijil Pendaftaran (asal) dengan Kementerian Kewangan Malaysia hendaklah ditunjukkan semasa membeli dokumen sebutharga. Hanya mereka yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang dibenarkan membeli dokumen sebutharga.

5. Sebutharga ini akan ditutup pada hari Isnin bersamaan 08/08/2016 jam 12.00 tengahari. Dokumen sebutharga di atas hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Kaunter Ukur Bahan Dan Kontrak, Aras 4, Jabatan Kejuruteraan Dan Alam Sekitar, Blok Teknikal Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.. Sebutharga yang lewat diterima tidak akan diberi perhatian. Pejabat ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada sebutharga yang dihantar melalui pos.


6. Sebarang pertanyaan atau surat menyurat berkenaan perkara di atas hendaklah dialamatkan seperti di atas.

7. Majlis tidak terlibat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau mana-mana tawaran. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Akhir Pembelian Dokumen
:
08/08/2016
Tarikh Tutup Permohonan Sebutharga
:
 

Muka Utama