Kenyataan Sebutharga



Membekal Dan Menghantar Keperluan Racun (bahan Kimia) Bagi Tahun 2017 Jabatan Pelesenan Dan Kesihatan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 20/10/2017 hingga 26/10/2017. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter 9 & 11 Jabatan Pelesenan dan Kesihatan, Aras Bawah Bangunan Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 3.30 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 3.30 petang


3. Kontraktor yang ingin memasuki Sebutharga di atas dikehendaki membuat bayaran sebanyak RMRM20.00 + 6% GST (tidak dikembalikan) secara TUNAI/ WANG POS/ WANG KIRIMAN POS/ DERAF BANK yang dibuat atas nama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi setiap satu set Dokumen Sebutharga.

4. Dokumen Sebutharga hanya akan dijual kepada Kontraktor atau wakilnya yang sah dan mempunyai caruman KWSP berdasarkan kepada SURAT PENDAFTARAN ASAL PKK DAN CIDB yang dikemukakan berserta salinan setiap satunya.

5. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 26/10/2017 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Khidmat Setempat Aras G, Blok Tambahan Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana sebutharga. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Permohonan: 26/10/2017