KENYATAAN SEBUTHARGA

JABATAN LANDSKAP
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH


1. Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod 070201 – Tanaman / Baka / Benih Semaian Dan 222104- Pertanian / Tanaman / Ladang / Taman / Hutan dan Ladang Hutan dan masih dibenarkan membuat sebutharga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk kerja-kerja KERJA-KERJA MEMBEKAL; MENANAM DAN MENYELENGGARA POKOK BUNGA ANNUAL BAGI TEMPOH 1 TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

2. Dokumen sebut harga boleh dibeli daripada Jabatan Pengindahan Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No.1, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka pada waktu pejabat mulai 15/11/2018 dengan pembayaran sebanyak RM 5.00 (tidak dikembalikan) untuk satu salinan dokumen.

3. Dokumen sebutharga yang telah diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender,Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebelum jam 12.00 tengahari 23/11/2018.

4. Lawatan tapak akan diadakan oleh MBMB pada 15/11/2018 jam 9.30pagi. Tempat berkumpul ialah di Lobi Auditorium, MBMB.

5. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut harga.


Tarikh Tutup Permohonan: 23/11/2018
 

Muka Utama