KENYATAAN SEBUTHARGA

JABATAN LANDSKAP
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH


1. Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod (222104 – Pertanian/ Tanaman/Ladang/Taman/Hutan Dan Ladang Hutan ATAU 221002 – Membersih kawasan ATAU 221003 – Mengangkat Sampah ) dan masih dibenarkan membuat sebutharga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk kerja-kerja Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap Lebuh AMJ dari Sempadan Jasin Hingga Persimpangan Kandang / Alai (Pakej 1)

2. Dokumen sebut harga boleh dibeli daripada Jabatan Pengindahan Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No.1, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka pada waktu pejabat mulai 02/09/2015 dengan pembayaran sebanyak RM20.00 +6% GST (RM 21.20) (tidak dikembalikan) untuk satu salinan dokumen.

3. Dokumen sebutharga yang telah diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender,Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebelum jam 12.00 tengahari 09/09/2015.

4. Lawatan tapak akan diadakan oleh MBMB pada 02/09/2015 jam 9.30. Tempat berkumpul ialah di Anjung Makmur, Aras 4 , MBMB..

5. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut harga.


Tarikh Tutup Permohonan: 09/09/2015
 

Muka Utama