Kenyataan Sebutharga


1. Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam G2/G3/G4/G5/G6/G7 di bawah Kategori-Mekanikal Dan Elektrikal(ME), Pengkhususan-E04(Pemasangan Voltan Rendah), E06(Sistem Pencahayaan Khas), E11(Kerja Am Elektrik) DAN E17(Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Taraf Bumiputera(BPKU/PKK) dan yang masih dibenarkan memasuki sebutharga ini bagi melaksana dan menyiapkan kerja berikut :

Cadangan Menaiktaraf Lampu LImpah Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Pantai Puteri,Melaka.

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 14/05/2019 hingga 24/05/2019 dengan harga RM20.00 senaskhah. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.00 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.00 petang


3. Lawatan tapak akan diadakan pada 14/05/2019 pada jam 11.00 pagi. Tempat berkumpul adalah di Perkarangan Pentas Budaya,Pantai Puteri,Melaka.

4. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 27/05/2019 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Sebutharga: 27/05/2019