KENYATAAN SEBUTHARGA


1. Sebut harga adalah dipelawa kepada Syarikat/Broker Insurans yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta mempunyai lesen daripada Kementerian Pelancongan Malaysia di dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah Kepala KEMENTERIAN KEWANGAN 222104 – Pertanian/Tanaman/Ladang/Hutan Dan Ladang Hutan ATAU
221002-Membersih kawasan ATAU 221003-Mengangkat sampah
dan yang berkaitan serta yang masih dibenarkan membuat SEBUTHARGA buat masa ini untuk mengemukakan cadangan bagi membekal dan menghantar seperti berikut untuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI JALAN UTAMA KAMPUNG KANDANG (PEMBAHAGI TENGAH JALAN SIMPANG AMJ) KE BULATAN AYER MOLEK,HADAPAN GERAI MBMB KE PERSIMPANGAN BUKIT DUYUNG (PULAU JALAN,PEMBAHAGI TENGAH,KIRI, KANAN DAN LERENG BUKIT BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual mulai 19/01/2017 hingga 26/01/2017 semasa waktu pejabat seperti berikut :-

HARI
WAKTU
Isnin - Khamis8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 petang - 4.30 petang
Jumaat8.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 4.30 petang

di Kaunter Jabatan Pengindahan Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 2, Bangunan Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

3. Penender yang ingin memasuki SEBUTHARGA di atas adalah dikehendaki mengemukakan Wang Tunai, bernilai Ringgit Malaysia RM5.30 termasuk 6% GST sebagai bayaran Dokumen Sebutharga yang mana tidak akan dikembalikan.

4. Sijil Pendaftaran (asal) dengan Kementerian Kewangan Malaysia hendaklah ditunjukkan semasa membeli dokumen sebutharga. Hanya mereka yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang dibenarkan membeli dokumen sebutharga.

5. Sebutharga ini akan ditutup pada hari Khamis bersamaan 26/01/2017 jam 12.00 tengahari. Dokumen sebutharga di atas hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Kaunter Jabatan Pengindahan Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 2, Bangunan Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. Sebutharga yang lewat diterima tidak akan diberi perhatian. Pejabat ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada sebutharga yang dihantar melalui pos.


6. Sebarang pertanyaan atau surat menyurat berkenaan perkara di atas hendaklah dialamatkan seperti di atas.

7. Majlis tidak terlibat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau mana-mana tawaran. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Permohonan: 26/01/2017
 

Muka Utama