KENYATAAN SEBUTHARGA

JABATAN PENGINDAHAN BANDAR
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

NO BIL : 1 / 2017

1. Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod 222104 – Pertanian/Tanaman/Ladang/Hutan Dan Ladang Hutan ATAU 221002-Membersih kawasan ATAU 221003-Mengangkat sampah dan masih dibenarkan membuat sebutharga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk kerja-kerja pembersihan KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI JALAN UTAMA KAWASAN POKOK MANGGA (PERSIMPANGAN JALAN; PULAU JALAN; PEMBAHAGI TENGAH; KIRI; KANAN JALAN) DAN DI TEPIAN SUNGAI MALIM BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

2. Dokumen sebut harga boleh dibeli daripada Jabatan Pengindahan Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No.1, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka pada waktu pejabat mulai 19/01/2017 dengan pembayaran sebanyak RM5.30 (tidak dikembalikan) untuk satu salinan dokumen.

3. Dokumen sebutharga yang telah diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender,Jabatan Pengindahan Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebelum jam 12.00 tengahari 26/01/2017.

4. Lawatan tapak akan diadakan oleh MBMB pada 19/01/2017 jam 10.00 pagi. Tempat berkumpul ialah di Dewan Taming Sari, MBMB.

5. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut harga.


Tarikh Tutup Permohonan: 26/01/2017
 

Muka Utama