Kenyataan Sebutharga


1. Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam di bawah , dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod 221002 (Pembersihan Kawasan) DAN 221003 (Mengangkat Sampah) dan yang masih dibenarkan memasuki sebutharga ini bagi melaksana dan menyiapkan kerja berikut :

KERJA-KERJA KUTIPAN DAN PELUPUSAN SAMPAH LONGGOK BAGI MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 21/01/2020 hingga 10/02/2020 dengan harga RM50.00 senaskhah. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.00 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.00 petang


3. Lawatan tapak akan diadakan pada 21/01/2020 pada jam 10.00 pagi. Tempat berkumpul adalah di Dewan Taming Sari, MBMB.

4. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 10/02/2020 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Sebutharga: 10/02/2020