KENYATAAN SEBUTHARGA


1. Sebutharga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah Kepala 210101 dan yang berkaitan serta yang masih dibenarkan membuat SEBUTHARGA buat masa ini untuk mengemukakan cadangan bagi membekal dan menghantar seperti berikut untuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

SEBUTHARGA MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH 15 UNIT MONITOR

2. Dokumen Sebutharga akan mula dikeluarkan mulai 24/04/2015 hingga 28/04/2015 semasa waktu pejabat seperti berikut :-

HARI
WAKTU
Isnin - Khamis8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 petang - 4.30 petang
Jumaat8.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 4.30 petang

di Bahagian Teknologi Maklumat Dan Inovasi, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 3, Graha Makmur No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

3. Penender yang ingin memasuki SEBUTHARGA di atas adalah dikehendaki mengemukakan Wang Tunai, bernilai Ringgit Malaysia sebagai bayaran Dokumen Sebutharga yang mana tidak akan dikembalikan.

4. Sijil Pendaftaran (asal) dengan Kementerian Kewangan Malaysia hendaklah ditunjukkan semasa membeli dokumen sebutharga. Hanya mereka yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang dibenarkan membeli dokumen sebutharga.

5. Sebutharga ini akan ditutup pada hari Jumaat bersamaan 24/04/2015 jam 12.00 tengahari. Dokumen sebutharga di atas hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Teknologi Maklumat Dan Inovasi, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 3, Graha Makmur No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.. Sebutharga yang lewat diterima tidak akan diberi perhatian. Pejabat ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada sebutharga yang dihantar melalui pos.


6. Sebarang pertanyaan atau surat menyurat berkenaan perkara di atas hendaklah dialamatkan seperti di atas.

7. Majlis tidak terlibat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau mana-mana tawaran. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Akhir Pembelian Dokumen
:
28/04/2015
Tarikh Tutup Permohonan Sebutharga
:
 

Muka Utama