Kenyataan Sebutharga

1. Sebutharga adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang beroperasi di Melaka yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Tajuk 020802 - Kelengkapan Pakaian / 020899 - Pembuat untuk membekal dan menyerahkan bahan-bahan yang berikut kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BEKALAN KASUT KEPADA MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH BAGI TAHUN 2014

2. Dokumen akan mula dijual pada 21/07/2014 hingga 30/07/2014. Dokumen tidak dijual selepas tarikh ini. Segala butir dan dokumen boleh diperolehi semasa waktu pejabat di Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Projek, Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Graha Makmur, No.1, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.

HARI
WAKTU
Isnin - Khamis8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 3.30 petang
Jumaat8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.45 petang - 3.30 petang

3. Petender yang ingin memasuki Tender di atas dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan) secara TUNAI/WANG POS/WANG KIRIMAN POS/DERAF BANK yang dibuat atas nama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi setiap satu set Dokumen Sebutharga.

4. Dokumen sebutharga yang akan dikeluarkan kepada Syarikat Pembekal wakil yang sah sahaja berdasarkan kepada Sijil Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan dokumen sebutharga.

5. Dokumen sebutharga akan ditutup pada 30/07/2014. Dokumen sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan berlabelkan Nama Sebutharga di sebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Projek, Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Graha Makmur, No.1, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka sebelum jam 12:00 PM tengahari.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tawaran. Keputusan adalah muktamad.




Tarikh Tutup Permohonan: 30/07/2014
 

Muka Utama