Sist. Iklan Tender



KENYATAAN TENDER


1. Tender adalah dipelawa kepada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera / Bukan Bumiputera dalam kod bidang 070201 – Tanaman / Baka / Benih Semaian, DAN 222104- Pertanian / Tanaman / Ladang / Taman / Hutan dan Ladang Hutan serta masih dibenarkan membuat tawaran kerja berikut :


KERJA-KERJA MEMBEKAL, MENANAM DAN MENYELENGGARA POKOK BUNGA ANNUAL BAGI TEMPOH 1 TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

T 04/2020


2. Dokumen tender akan mula dijual pada 20/11/2020 hingga 11/12/2020 . Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 2, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.30 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.30 petang


3. Kontraktor yang ingin memasuki tender di atas dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan) secara TUNAI yang dibuat atas nama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi setiap satu set dokumen tender.

4. Petender dikehendaki membawa cop syarikat, sijil asal yang dikeluarkan oleh yang dikemukakan serta satu salinan bagi kedua-dua sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. Bagi yang menghantar wakil hendaklah membawa surat wakil yang asal. Pihak tuan boleh melayari laman web MBMB di www.mbmb.gov.my untuk melihat kenyataan tender ini.

5. Tarikh tutup tender ialah pada 11/12/2020 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 2, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.

7. Lawatan tapak tidak diwajibkan. Pihak kontraktor dinasihatkan melihat sendiri keadaan sebenar.



Tarikh Tutup : 11/12/2020

Tarikh Tutup Terkini : Satu minggu selepas tarikh tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)