Kenyataan Sebutharga


1. Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kementerian Kewangan di bawah 222104-Pertanian/Tanaman/Ladang/Taman/Hutan Dan Ladang Hutan 221002-Membesih Kawasan Dan 221003-Mengangkat Sampah, dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan yang masih dibenarkan memasuki sebutharga ini bagi melaksana dan menyiapkan kerja berikut :

KERJA-KERJA SEGERA MENCANTAS DAN MENEBANG POKOK UTAMA DI KAWASAN PANTAI PUTERI DAN BACHANG UNTUK MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 16/07/2019 hingga 30/07/2019 dengan harga RM5.00 senaskhah. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Jabatan Landskap, Aras 2, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.00 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.00 petang


3. Lawatan tapak akan diadakan pada 16/07/2019 pada jam 9.30 pagi. Tempat berkumpul adalah di Auditorium, MBMB.

4. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 30/07/2019 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Jabatan Landskap, Aras 2, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Sebutharga: 30/07/2019