KENYATAAN SEBUTHARGA


1. Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bertaraf dalam kod bidang serta masih dibenarkan membuat sebutharga pada masa ini bagi bekalan berkaitan :-

CADANGAN MEMBAIKPULIH BANGUNAN VILLA HARAPAN MBMB DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI JALAN TEBING TINGGI, BUKIT KATIL, MELAKA

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 23/09/2020 hingga 30/09/2020 . Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Ukur Bahan, Jabatan Kejuruteraan, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.30 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.30 petang


3. Kontraktor yang ingin memasuki sebutharga di atas dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM30.00 (tidak dikembalikan) secara TUNAI yang dibuat atas nama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi setiap satu set dokumen sebutharga.

4. Dokumen Sebutharga hanya akan dijual kepada Kontraktor atau wakilnya yang sah berdasarkan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang dikemukakan berserta salinan setiap satunya.

5. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 01/10/2020 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Ukur Bahan , Jabatabn Kejuruteraan, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.

7. Lawatan tapak akan diadakan pada 23/09/2020 pada jam 9.30 pagi. Tempat berkumpul adalah di Auditorium Bangunan Teknikal Graha Makmur,MBMB. Kehadiran adalah diwajibkan.



Tarikh Tutup Sebutharga: 01/10/2020