KENYATAAN SEBUTHARGA


1. Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dalam di bawah , dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 dan yang masih dibenarkan memasuki sebutharga ini bagi melaksana dan menyiapkan kerja berikut :

Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Dari Jalan Ujong Pasir Sehingga Ke persimpangan Bukit Senjuang,Melaka

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 28/05/2020 hingga 04/06/2020 . Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Unit Ukur Bahan & Kontrak, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.30 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.30 petang


3. Kontraktor yang ingin memasuki sebutharga di atas dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM20.00 (tidak dikembalikan) secara TUNAI yang dibuat atas nama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi setiap satu set dokumen sebutharga.

4. Dokumen Sebutharga hanya akan dijual kepada Kontraktor atau wakilnya yang sah berdasarkan kepada yang dikemukakan berserta salinan setiap satunya.

5. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 05/06/2020 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Unit Ukur Bahan & Kontrak, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.

7. Lawatan Tapak tidak diwajibkan. Pihak Kontraktor dinasihatkan melihat sendiri keadaan sebenar.



Tarikh Tutup Sebutharga: 05/06/2020