Kenyataan Sebutharga


1. Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam 140301-Kabel Elektrik dan Aksesori,140302-Wayar Elektrik dan Aksesori,140502-Komponen dan Aksesori Elektrik/Elektronik DAN 140503-Lampu,Komponen Lampu Aksesori di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan yang masih dibenarkan memasuki sebutharga ini bagi melaksana dan menyiapkan kerja berikut :

Cadangan Bekalan Alat Ganti Elektrik Serta Yang Berkaitan Untuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

2. Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 14/05/2019 hingga 24/05/2019 dengan harga RM20.00 senaskhah. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.00 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.00 petang


3. Lawatan tapak akan diadakan pada 14/05/2019 pada jam 9.30 pagi. Tempat berkumpul adalah di Perkarangan Auditorium MBMB.

4. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 27/05/2019 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Kejuruteraan, Aras 6, Blok Teknikal, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, No. 1 Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.



Tarikh Tutup Sebutharga: 27/05/2019