KENYATAAN SEBUTHARGA


1. Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) bertaraf Bumiputera / Bukan Bumiputera dalam kod bidang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 (Negeri Melaka) Kategori CE Pengkhususan CE01 serta masih dibenarkan membuat sebutharga pada masa ini bagi bekalan berkaitan :-

S88/2021(JK) KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI TAMAN SEMABOK JAYA, SEMABOK MELAKA


2. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), TIADA sebarang penjualan dokumen sebutharga dilakukan di Kaunter Utama Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

Lawatan Tapak : TIADA (Penyebutharga diminta melihat sendiri keadaan tapak bagi mengisi harga dan segalanya adalah atas tanggungjawab sendiri)


3. Dokumen sebut harga boleh didapatkan secara percuma bermula pada 23/07/2021 dengan menghantar emel bertajuk butir-butir sebutharga berkaitan beserta memuatnaik salinan Kad Pengenalan, Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui emel .
Pihak tuan boleh melayari laman web MBMB di www.mbmb.gov.my untuk melihat kenyataan sebut harga ini.

4. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 30/07/2021 sebelum / pada 12.00 tengahari. Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dihantar secara serahan tangan atau menggunakan perkhidmatan pos berdaftar / kurier dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat :-

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH,
Peti Tawaran
Berhadapan Papan Notis Dewan Taming Sari,
Graha Makmur, No. 1,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.


5. Jika sebut harga dihantar menggunakan perkhidmatan pos berdaftar / kurier, pembekal hendaklah memastikan dokumen selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebutharga selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari. Sebarang kelewatan dalam urusan tidak akan dilayan.

6.. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.




Tarikh Tutup : 30/07/2021