KENYATAAN SEBUTHARGA


1. Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) bertaraf Bumiputera / Bukan Bumiputera dalam kod bidang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) Gred G2 (Negeri Melaka) Kategori M Pengkhususan M12 - Loji Khusus ATAU M15 - Kelengkapan Mekanikal Pelbagai ATAU M19 - Pemasangan Kelengkapan Loji serta masih dibenarkan membuat sebutharga pada masa ini bagi bekalan berkaitan :-

S43/2021 (JK) KERJA-KERJA MENAIKTARAF LOJI KUMBAHAN BERPUSAT BAGI PROJEK TABUNG PENYELENGGARAAN PERUMAHAN MALAYSIA DI RUMAH PANGSA LAKSAMANA CHENG HO BLOK B, MB MELAKA BERSEJARAH


2. Dokumen Sebutharga boleh disemak di Kaunter Utama Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka pada waktu pejabat bermula pada 18/05/2021 hingga 24/05/2021 . Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Utama Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARIWAKTU
ISNIN - KHAMIS8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.30 petang
JUMAAT8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.30 petang


3. Kontraktor yang ingin memasuki sebutharga di atas dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM40.00 (tidak dikembalikan) secara TUNAI, DERAF BANK, atau CEK yang dibuat atas nama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi setiap satu set dokumen sebutharga. Dokumen boleh dibeli di Kaunter Utama Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

4. Pembekal dikehendaki membawa cop syarikat, sijil asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang dikemukakan serta satu salinan bagi kedua-dua sijil tersebut semasa membeli dokumen sebut harga. Bagi yang menghantar wakil hendaklah membawa surat wakil yang asal.

5. Tarikh tutup Sebutharga ialah pada 25/05/2021 sebelum / pada 12.00 tengahari. Semua Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Kaunter Utama Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. ataupun secara Perkhidmatan Pos Berdaftar / Kurier beralamat Bahagian Perolehan, Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.

7. Lawatan Tapak tidak diwajibkan. Pihak Kontraktor dinasihatkan melihat sendiri keadaan sebenar.



Tarikh Tutup : 25/05/2021

Tarikh Tutup Terkini: Satu minggu selepas tarikh tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)