Sist. Iklan Tender



KENYATAAN TENDER


1. Tender adalah dipelawa kepada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera / Bukan Bumiputera dalam kod bidang KEMENTERIAN KEWANGAN 222104 - Pertanian / Tanaman / Ladang / Taman / Hutan dan Ladang Hutan DAN 221002 - Membersih Kawasan DAN 221003 - Mengangkat Sampah serta masih dibenarkan membuat tawaran kerja berikut :


T2/2021 (JL) KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN CANTASAN POKOK UTAMA DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

2. Dokumen tender akan mula dijual pada 27/04/2021 hingga 18/05/2021 . Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh ini. Segala butiran dan dokumen boleh diperolehi di Kaunter Utama Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Graha Makmur, No 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. semasa waktu pejabat seperti berikut:

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.30 petang
JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 4.30 petang


3. Kontraktor yang ingin memasuki tender di atas dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan) secara WANG KIRIMAN POS, DERAF BANK yang dibuat atas nama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi setiap satu set dokumen tender.

4. Petender dikehendaki membawa cop syarikat, sijil asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Pendaftaran Syarikat (SSM) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang dikemukakan serta satu salinan bagi kedua-dua sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. Bagi yang menghantar wakil hendaklah membawa surat wakil yang asal. Pihak tuan boleh melayari laman web MBMB di www.mbmb.gov.my untuk melihat kenyataan tender ini.

5. Tarikh tutup tender ialah pada 19/05/2021 sebelum / pada 12.00 tengahari.. Semua dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender secara SERAHAN TANGAN di Masukkan ke dalam Peti Tender Jabatan Kewangan, Aras Bawah, Graha Makmur, No 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang terendah sekali atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad.

7. Lawatan tapak tidak diwajibkan. Pihak kontraktor dinasihatkan melihat sendiri keadaan sebenar.



Tarikh Tutup : 19/05/2021

Tarikh Tutup Terkini : Satu minggu selepas tarikh tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)