Kenyataan Adalah Kepada Warga Bandaraya Melaka (Seperti Di Dalam Kad Pengenalan)

Gerai & Pasar



1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Warga Melaka (Bumiputera) yang berminat untuk menyewa dan menjalankan perniagaan di ruang- ruang niaga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

2. Borang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter 19, Jabatan Pelesenan & Pembangunan dan Perniagaan, MBMB.

3. Kekosongan Premis Perniagaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MBMB

1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Warga Melaka (Bumiputera) yang berminat untuk menyewa dan menjalankan perniagaan di ruang-ruang niaga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

2. Borang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter 19, Jabatan Pelesenan & Pembangunan Perniagaan, MBMB atau boleh dimuat turun melalui laman sesewang MBMB iaitu http://www.mbmb.gov.my

3. Kekosongan Premis Perniagaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
BIL
DUN
LOKASI
KEKOSONGAN
JENIS PERNIAGAAN
KADAR SEWA
(RM)
PERUNTUKAN
1
Banda Hilir
Medan Samudera
1
Pelbagai*
(Tingkat Atas)
No.3
290.00
BUMIPUTERA
2
Makanan & Minuman
(Tingkat Atas)
No.36
No.37
290.00
BUMIPUTERA
Rumah Kedai Jalan Laksamana
1
Pejabat*
No.10A&11A
2600.00
TERBUKA
2
Paya Rumput
Gerai Cheng Paya Rumput
2
Makanan & Minuman
No.5
No.6
200.00
BUMIPUTRA
2
Pelbagai*/Buahan
B3
B4
100.00
TERBUKA
3
Pantai Kundor
Gerai Simpang Tiga Kampung Gelam
1
Pelbagai*
No. 3
160.00
BUMIPUTERA
4
Pengkalan Batu
Jejantas Melaka Sentral
1
Pelbagai*
Lot C

233.00
TERBUKA
5
Ayer Molek
Kiosk Taman Paya Dalam
3
Makanan & Minuman
No. 1
No. 2
No. 4
50.00
BUMIPUTRA
Medan Niaga Tambak Paya
1
Pelbagai*
K3
250.00
BUMIPUTRA
6
Telok Mas
Medan Selera Telok Mas
1
Pelbagai*
No.19
150.00
BUMIPUTRA
7
Sungai Udang
Gerai Plaza Sungai Udang
1
Makanan & Minuman
No.5
200.00
BUMIPUTRA


* Untuk jenis perniagaan (makanan / minuman) adalah seperti berikut:
(Sila pastikan satu jenis makanan secara khusus di dalam borang permohonan)
1. Nasi Campur
2. Goreng - Gorengan
3. Kuih-Muih
4. Aneka Sup
5. Makanan Barat / Makanan Segera ( seperti burger dan lain-lain)


** Untuk jenis perniagaan (pelbagai) adalah seperti berikut:
1. Kosmetik/ Herba Tradisional
2. Aksesori Lelaki / Wanita
3. Pakaian / Kasut dan Aksesori
4. Salun Kecantikan / Spa / Perkhidmatan
5. Barang-Barang Kraftangan
6. Makanan Tradisional dan lain-lain seumpamanya

4. SYARAT - SYARAT PERMOHONAN DAN TEMUDUGA RUANG NIAGA

4.1) Taraf kerakyatan pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada penduduk atau pemaustautin tetap di Negeri Melaka yang berumur dari 18 tahun sehingga 55 tahun sahaja.

4.2) Borang permohonan hendaklah dilengkapkan, WAJIB untuk bawa bersama dokumen berikut :-

i) Salinan kad pengenalan pemohon.

ii) Membawa sijil asal dan salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) TERKINI dan salinan KEPUTUSAN CARIAN KEBANGKRAPAN.
(boleh semak di laman sesawang Jabatan Insolvensi Malaysia)

iii) Sesalinan Penyata Kewangan pemohon.

iv) Dokumen-dokumen yang berkaitan bagi menyokong permohonan tersebut perlu dilampirkan.

4.3) Permohonan hendaklah berdasarkan kekosongan yang ditetapkan didalam Iklan Kekosongan Gerai.

4.4) Pemohon hendaklah melihat keadaan lokasi gerai terlebih dahulu sebelum menghadiri temuduga.

4.5) Keutamaan tawaran penyewaan akan diberikan kepada penduduk-penduduk yang menetap dikawasan pentadbiran
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

4.6) Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis.

4.7) Sila hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan.

4.8) Dokumen-dokumen modal perniagaan seperti penyata akaun bank serta bukti aset-aset perniagaan yang ada perlu
dilampirkan.

4.9) Pengalaman dalam perniagaan dan jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan rancangan perniagaan atau konsep perniagaan.
(Perlu dibentangkan semasa temuduga)

4.10) Cadangan Rekabentuk hiasan dalaman ruang niaga yang dipohon serta cadangan pilihan perabot / peralatan dapur jika berkaitan.
(Perlu dijelaskan beserta salinan visual)

4.11) Permohonan hendaklah berdasarkan kekosongan yang ditetapkan didalam Iklan Kekosongan Ruang Niaga MBMB sahaja.

4.12) Pemohon hendaklah melihat keadaan lokasi ruang niaga terlebih dahulu sebelum menghadiri temuduga.

4.13) Keutamaan tawaran penyewaan akan diberikan kepada penduduk-penduduk yang menetap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

4.14) Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan permohonan ini adalah dibawah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut dariapada pihak MBMB.

4.15) Sila hadir temuduga dengan berpakaian kemas, sopan dan tertib.

4.16) Pemohon yang telah menyewa mana-mana premis perniagaan MBMB adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.


5. Sekiranya tuan/puan TIDAK MENDAPAT MAKLUMBALAS DARIPADA PIHAK KAMI DALAM MASA 2 BULAN, maka permohonan tuan/puan dianggap TIDAK BERJAYA.

6. Segala pertanyaan boleh dikemukakan kepada Jabatan Pelesenan & Pembangunan Perniagaan, MBMB
di talian 06-285 9794.

7. Pemohon yang berminat, diminta hadir awal untuk proses pendaftaran sebelum temuduga (terbuka) bermula pada :
        Tarikh : 02/12/2021

















        Masa : 8.30PAGI-9.30PAGI(SEKIRANYA LEWAT PERMOHONAN TIDAK AKAN DIPROSES)
                  (Sekiranya lewat, permohonan tidak akan diproses)
        Tempat : AUDITORIUM, MBMB
Sila patuhi SOP PKPP iaitu pakai pelitup muka dan hidung, juga perlu menjaga jarak (1 meter)